Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Wednesday 4 September 2013

Roti Jala : Menjala Di Dapur Saja

Minggu lepas punya roti jala.. baru nak entri...

Al-kisahnya ada lebihan kari ayam semalam dan kuahnya, tengah hari tak masak sebab sebelah paginya, saya bawa anak-anak ke pertandingan mewarna anjuran KEMAS dan Dakna Travel&Tour Sdn Bhd. (Pakej Umrah & Ziarah) di sana lengkap sarapan pagi dan jamuan makan tengahari. Sebab itulah petangnya dah lapar, tapi tak nak tanak nasi. Teringat roti jala.. risik-risik dengan kawan, mood malas nak google. Rupanya resepinya semudah ABC saja. Tak ada acuan pun boleh buat roti jala di rumah. Mudah.. Terrrrrrsangatnya mudah lah. Jom cuba, sedap...




Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 sudu minyak masak / mentega cair
100ml susu segar ( kalau tak ada, tak letak pun tak apa ) tujuan bagi lebih gebu dan berkrim
Sedikit air ( jika adunan nampak pekat baru di tambah air) 
secubit garam
secubit kunyit atau sedikit pewarna kuning.

Cara-cara membancuh adunan:

Cara mudah blender aje kalau tak ada mixer. Telur dan minyak blend dahulu sampai kembang. Masukkan susu, atau yang tak guna susu masukkan air.. sedikit demi sedikit dulu.. Kemudian masukkan tepung, garam dan kunyit. Kalau rasa bancuhan pekat barulah tambahkan sedikit air.

Petua:

Kalau nak tahu adunan dah boleh di jala atau belum, tuangkan  adunan kedalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus tu bermakna adunan tu dah sedia untuk di jala.

Acuan:

Bagi yang tak ada acuan, boleh gunakan cara ini. Mudah sahaja... tak perlu keluarkan modal yang banyak pun. Ambil botol mineral saiz kecil , yang kosong, bersihkan. Panaskan hujung paku. ( Guna pemetik api sahaja ) Hujung paku yang panas itu di benamkan pada penutup botol mineral. Dah siap. Adunan tu tadi bolehlah di tuangkan kedalam botol mineral tu. Kemaskan penutupnya yang dah di lubangkan. 

Cara-cara menjala:

Panaskan non-stick pan atau kuali leper.. atau yang sekarang ni.. semua suri rumah suka guna.. "Pemanggang Ajaib". Kalau tak ada, boleh dapatkan dari saya Klik saja page saya di sebelah atau KLIK SINI. Kiraikan bancuhan tadi di atas kuali dengan cara sendiri. Bila dah agak garing terbalikkan sekejap.. kemudian boleh lipat atau gulungkan.

letak gambar yang cantik aje.. eh! cantik ker?

Hum... hujannn di petang hari... teringat roti jala minggu lepas.. sedap nom nom ni.. ada tak yang teringin juga?







1 comment:

adam said...

wife saya pun ada buat roti jala ptg td. rupanya ke laut rasanya blh tahan sedap