Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Wednesday 19 June 2013

Puasa Ganti Masih Berbaki. Baby Breastfeed dan Tips Penyusuan Di Bulan Ramadhan

Hari ni 10 Syaaban 1434H, 20 hari lagi menjelang bulan Ramadhan.
Yang mana puasa gantinya belum habis di ganti baik lah cuba ganti cepat-cepat, masa dah semakin suntuk. Peringatan untuk diri sendiri juga ni,  puasa tahun lepas tinggalnya 8hari. Dan masih berbaki 6hari. Percubaan pertama puasa ganti pada  minggu lepas.

Mulanya tak teringat langsung tentang baby Amanda sebab dia fully breastfeed. Siangnya saya susukan dia seperti biasa, susu tetap ada.. tapi jumlahnya macam berkurangan. Sebabnya, biasanya sebelum baby menyusu mesti breast saya menegang dengan muatan penuh. Kalau baby masih lena saya akan perah susu untuk simpanan dalam 4oz sahaja. Tapi sepanjang hari pertama puasa saya tak alami ketegangan breast, tapi syukur Alhamdulillah susu saya mencukupi keperluan baby Amanda di siang hari. Selesai 1hari puasa ganti saya tidak teruskan puasa ganti esoknya, sebab saya cuba kumpul tenaga dan semangat untuk persediaan puasa berselang-selang. Sebegai persediaan.


Mak saya pun ada menegur juga, berpuasa dalam keadaan bayi yang menyusu badan sepenuhnya. Pesan mak, "kalau tak larat atau bayi meragam tak puas menyusu, jangan dipaksa badan tu". Sebabnya baby masih kecil baru 2 bulan, dan untuk menghasilkan air susu yang banyak, ibu perlu minum lebih air masak.

Tapi percubaan 2 hari berpuasa berselang-selang tak ada masalah. Alhamdulillah. Jadi cadangnya nak berpuasa lagi esok. Harap-harap kuat walau keadaan cuaca panas. Dengan rutin harian menghantar anak-anak ke tabika sebelah pagi, jam 12 tengah hari jemput pulang. Jam 3.30pm hantar abang ke latihan silat untuk petingkat daedah antara tabika. Jam 5.30 jemput pulang pula.. Cuaca kat luar memang panas terik la time-time tu. Pakaian yang di jemur pun kering betul sampai keras kalau di biar lama. kannnnn

Mari Mencuba Tip Untuk Penyusuan Susu Ibu Di Bulan Ramadhan

1. Penting mengambil makanan yang cukup & seimbang sama ada pada waktu sahur ataupun berbuka.

2. Banyakkan minum soya & susu (Anmum Lacta terbaik untuk tambahkan susu. Saya dah cuba dan amalkan)

3. Bersahur pada lewat waktu

4. Lebih kerap mengepam & menyusukan bayi

5. Sediakan stock lebih awal sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum puasa

6. Banyakkan minum air, sekurang-kurangkan 3 liter ketika berbuka & bersahur

7. Banyakkan pengambilan protein (boleh menambahkan susu badan juga)

8. Pengambilan susu, kurma dan jus kurma mampu memberikan tenaga ketika berpuasa.

9. Makanan popular untuk tambah susu ialah soya, longan kering, barli, kucai, pegaga, pucuk betik, jantung pisang & halba

10. Sepanjang malam selepas berbuka, susukan bayi sebanyak mungkin keran ia mampu untuk mengurangkan permintaannya terhadap susu ibu di siang hari

11. Jika perlu ambillah vitamin & makanan tambahan untuk mendapatkan tenaga sepanjang berpuasa

12. Elakkan minum ais kerana ia boleh mengurangkan  lagi produksi susu anda

13. Setiap kali sahur, makan 7 biji kurma. Untuk setiap biji yang dimakan, jangan lupa selawat ke atas Nabi saw & niat dalam hati untuk kekalkan penghasilan susu

14. Makan makanan yang lambat hadam ketika bersahur dapat mengelakkan cepat lapar (nasi & oat)

15.  Jangan terlalu penat atau beremosi sehingga menganggu penghasilan susu badan anda

16. Banyakkan berdoa dipermudahkan urusan

17. Yang paling penting niat untuk menyusui anak kerana Allah taala

18. Apabila telah hampir waktu imsak, bacalah ayat Al-Khauthar dan minumlah seteguk air kosong sambil berdoa agar dikurangkan dahaga sepanjang waktu berpuasa

Dengan Tips-tips panjang lebar ini harap dapat di kongsikan dan juga di amalkan bersama pada ibu-ibu yang menyusu. Saya tak nafikan yang saya juga pernah berputus asa untuk teruskan penyusuan penuh susu badan pada baby Amanda. Bukan masaalah kekurangan susu seperti anak pertama dan kedua, di mana dalam tempoh berpantang pun saya dah mula campur susu fomular dan saya terus berhentikan penyusuan susu badan selepas habis berpantang. Inilah kali pertama saya cuba berikan baby susu badan dari awal kelahiran dia, kemudian teruskan lagi sepanjang tempoh berpantang sampai sekarang.. Insyaallah kalau boleh sampai 1 ke 2 tahun ke... (^_~). 



No comments: