Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Friday 21 June 2013

Mee Kari : Si Cantik Matahari


Suami dan anak-anak saya tak cerewet tentang menu makanan di rumah. Apa yang terlintas di fikiran saya, saya masak dan hidangkan.. Tak kita menu apa pun di tengah hari.. Petang atau malam. Asalkan menu yang mengenyangkan perut. Tak kisah walau bukan menu nasi. 

Resepinya mudah je.. main campak-campak je dalam periuk tu.. Sungguh. Asal semua bahan yang patut dan sewaktu dengan mee kari tu ada.

Cadangan Hidangan 4 ke 5 orang

Bahan-bahan :

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 batang serai saiz sederhana   } semua bahan-2 ini dikisar sekali
2cm halia
sedikit udang kering 

1 paket sebuk kari daging ( pack kecil tu, boleh guna pelbagai jenama.. tapi saya pilih BABAS)
sedikit air assam jawa
sedikit santan tak perlu bayak
1kg kerang  (di rebus dan diambil isinya)
3 keping fish cake
20 biji fish ball (lebih kurang laa..)
Air secukupnya
Garam dan penambah perisa secukup rasa.

Mee Kuning 500g.


Untuk hidandangan: (jika suka)
sawi dicelur
tauge di celur
daun sup dan daun bawang 
bawang goreng
telur rebus
limau kasturi

Cara Memasak:

1.Tumis bahan yang telah dikisar hingga naik baunya.
2. Masukkan rempah kari yang telah di bancuh bersama sedikit air, kacau hingga naik minyak.
3. Tambahkan air kacau sebati masukan kerang yang telah di rebus dan di buang kulitnya.
4. Masukan sedikit santan, dan tambahkan garam dan perisa.
5. Masukan sedikit air assam jawa.
6. Akhir sekali bila kuah dah mendidih rasa pun dah okey.. masukkan fishcake dan fishball yan telah di potong ikut selera masing-masing. 

 Kuah dah siap, Mee pun dah di celur... apa lagi hidangkan untuk santapan ler... Jom Makan.. 



1 comment:

Mama4hero said...

mee kari..my feberet..nak buat lah nanti..hehe