Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Friday 12 April 2013

Kenali Perubahan Pada Kulit Ketika Mengandung

Usia kandungan hari ini 37minggu 5hari.
Di hujung-hujung kehamilan ni, saya mula perasan perubahan pada diri saya, leher saya mula nampak hitam, kusam. Hairan sangat, macam mana boleh berlaku? Bila cuba di tonyoh ketika mandi hasilnya juga sama. Sapukan lotion pelembap dan pencerahan juga tak berubah. Kemudian bila di perhatikan keseluruhannya, baru terpangdang rupanya ketiak juga kusam, hitam. Aduss.. apa dah jadi ni... tak pernah sebergitu rupa. Buruk sekali bila bahagian ketiak kusam. 

Oleh kerana tak nak terlalu memikirkan perkara remeh, lagi pun terselindung saya abaikan saja.. Harap-harap selepas bersalin nanti semuanya akan berubah seperti sedia kala.. 

Imej google
Tapikan salah hormon ke? Atau sekadar perubahan ketika Mengandung?

Atau sering di katakan orang-orang yang berpengalaman yang mengaitkan dengan perubahan berlaku ada kaitan dengan jantina bayi yang di kandung?
Hasil Research yang saya termui : Oleh Dr.Haleena @ Yun Hsuen Lim, doktor pakar sakin puan dan perbidanan dari KL Fertility & Gynaecology Centre Kuala Lumpur.

Perubahan hormon yang di alami sepanjang kehamilan juga menyebabkan kulit juga akan mengalami tempiasnya. Lazimnya ada pendapat yang menyatakan wajah dan kulit sesetenagh wanita hamil akan bertambah berseri-seri, dan ada juga yang sebaliknya menjadi kusam dan tidak bermaya. Ketahuilah keadaan ini bergantung pada gen dan jenis kulit setiap individu. Perubahan yang -ve mungkin akan mencemaskan ibu hamil kerana ia akan merubah bentuk fizikal asal. ( wajah dan kulit ) Walaubagaimanapun, ada yang menyatakan perubahan ini akan hilang sebaik sahaja  selepas kelahiran dan bukan bersifat kekal. Di sebab kan itu ibu-ibu bersalin di galakkan menjalani tempoh berpantang dengan sebaik-baiknya. Tujuan untuk memulihkan badan, memperbaik pulih tisu-tisu kulit yang kusam atau rosak.

Topeng Kehamilan / Chloasma
Pasti ada sebahagian daripada anda yang sedar terdapat peningkatan pigmentasi kecoklatan di keseluruhan wajah terutamanya di bahagian pipi dan dahi. Bagi mengatasinya daripada menjadi lebih teruk, pastikan anda mengurangkan pendedahan diri kepada cahaya matahari dengan cara memakai topi atau payung ketika berada di bawah sinaran matahari dan menyapu lotion pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF-15. Untuk makluman, pigmentasi ini akan berkurangan tiga bulan selepas kelahiran bayi.

Anda juga pasti akan perasan dengan perubahan pada tahi lalat, jeragat sedia ada dan puting payudara. Semua perubahan itu di sebabkan oleh hormon kehamilan. Oleh itu,tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk membolehkan ia kelihatan normal seperti sebelum kehamilan.

Kesan Regangan
Apabila berat badan bertambah di trimester kedua dan ketiga kehamilan, kulit mula merenggang menjadi garisan kecoklatan atau kemerah jambuan,(ia bergantung pada warna dan jenis kulit seseorang) Kebiasaannya, ia berlaku di bahagian abdomen dan payudara. bagi mengurangkan masaalah ini, di dagalakkan menyapu lebih banyak lotoin Vitamin E bagi memastikan ia lembab, minum lebih banyak air untuk mengekalkan kesihatan kulit. Selepas selamat melahirkan kelak, kesan regangan akan beransur pulih dan pudar menjagi garisan putih keperakan. ( inilah yang di katakan selulit, masalah juga ni )

Linea Nigra
Terdapat garisan lurus kegelapan yang melintasi pusat ke tulang pubik. Bagi sesetenagn wanita, garirasan ini sudah sedia ada sebelum hamil lagi, tetapi kehadirannya tidak jelas dalam warna yang samar-samar, tapi bila perut semakin membesar, warna garisan ini akan jelas kelihatan. Tiada apa-apa yang perlu di lakukan atau di bimbangi, kerana garisan ini akan perlahan-lahan pudar dengan semulajadi selepas kelahiran bayi dan akan muncul semula jika kehamilan terjadi lagi.

Jerawat Dan Bintik-bintik
Di sebabkan oleh perubahan hormon kehamilan,sesetengah wanita akan mengalami peningkatan jumlah jerawat dan bintik-bintik di wajah, sama ada hitam atau putih. Untuk itu, pastikan kulit kekal bersih dengan menggunakan pencuci muka yang lembut dan pelembab yang bebas minyak. Elakkan rawatan anti jerawat  seperti Retin-A, Accuntate dan Tetracycline(sejenis antiboitik) kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi dalam kandungan. Sesetengah produk membasmi jerawat yang mengandungi benzoyl peroxide adalah selamat tetapi elakkan produk yang tercatat kandungan salicylic acid.

Spider Naevi / Spider Veins
Ada sesetengah wanita mungkin mengalami masalah salur darah kecil yang  bercabang keluar, kelihatan seperti labah-labah. Ia boleh di lihat di wajah, bahagian leher, dada dan lengan. Perubahan ini berlaku kerana kesan peningkatan aliran darah di bahagianberkenaan. Untuk mengelakkannya, tingkatkan pengambilan Vitamin C dan hindari pendedahan melampau kepada cuaca panas mahupun sejuk. Jangan risau dengan perubahan sebergini kerana selepas melahirkan ia akan beransur pudar.

Varicose Veins
Berkemungkinan ada di kalangan ibu yang mengalami masalah urat biru,atau hijau kebiruan terutama di bahagian kaki yang kadang kala menyebabkan kesakitan dan pendarahan sirius. Bagi mengatasi atau mengurangkannya, elakkan berdiri atau duduk terlalu lama dalam satu-satu masa. Pakai stokin khusus dan tinggikan laras kaki berbanding kepala semasa rehat dan tidur. Pada ketika ini juga bahagian kaki kelihatan mula membengkak, dapatkan nasihat doktor yang memeriksa perihal kandungan bagi mendapatkan nasihat lanjut atau ubat untuk mengurangkan bengkak yang pada masa yang sama dapat membantu mengatasi haemorrhoids.

Seri Kehamilan
Perubahan inilah yang di nanti-nantikan! heheh... Ketika mengandung, aliran darah di bahagian kulit akan meningkat. jadi,lebih banyak sebum atau kinyak di hasilkan lalu menjadikannya berminyak. Hasilnya, kulit wajah kelihatan lebih cerah, berseri dan berkilat.

Kegatalan Kulit
Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kegatalan kulit ketika mengandung. Semakin bayi membesar,semakin perut ibu mengembang. Malah, kulit di bahagian perut turut meregang. Keadaaninilah yang menyebabkan kulit menjadi kering dan tegang. Elakkankulit menjadi kering dengan kerap meyapukan krim pelembab agar ia kekal hidrat.

bagi sesetengah wanita, kegatalan di bahagian abdomen yang di alami menjadi lebih teruk ketika di trimester ketiga. Yakin lah bahawa ini adalah perubahan biasa dalam tempoh kehamilan. Ia di kenali sebagai pruritic urticarial papules and plagues (PUPP) di mana sama sekali tidak akan membahayakan bayi dalam kandungan. Keadaan ini akan berubah secara semulajadi selepas bersalin. Walaubagaimanapun, dapatkan nasihat doktor sekiranya kegatalan bertambah teruk. Sesetengah jenis ubat boleh di ambil untuk melengakan simptom yang di alami.

Secara ringkasnya di sini.. segala perubahan yang berlaku ketika mengandung adalah bersifat sementara. Ia akan pulih seperti sedia kala setelah bayi selamat di lahirkan. Jadi saya pun tidaklah perlu terlalu memikirkan perubahan yang terjadi pada diri saya sekarang. Dan berharap ia akan hilang nanti. Petuanya untuk pastikan ianya hilang. Amalan dalam berpantang dan berurut kemudian scrub dan mandian untuk menghaluskan semula kulit-kulit yang rosak. 







No comments: