Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Wednesday 10 April 2013

Di Kuala Gula Sanctuary Resort


Sempat lagi.... memang sempat, walau dah bulat perut dengan muatan yang sarat 36minggu. Masih aktif juga.. walau kadang- kadang terasa berat perut ni. Tapi di gagahkan juga sebab saya rasa saya kuat. Untuk baby apa pun Ibu tetap kuat. Nak pula pegi makan angin kan... mesti lah seronok. Tak banyak gambar sebab mood untuk bergambar kurang, dan lebih banyak berehat di bilik menikmati suasana kuala.

Saya ke sana bersama suami,anak-anak dan keluarga Ipar. (abang suami) Jadi 2 buah kereta. Masing-masing balas dendam tak lepas hajat memancing dan tak dapat check in room minggu cuti sekolah sebab full. SINI Jom tengok gambar yang mana ada dan sempat snap.. (^_^)


 
Perjalanan ke Kuala Gula, dari Simpang Empat, Semanggol. Memang perjalananya nampak jauh.. sebab jalan lurus kehadapan, kiri dan kanan ladang kelapa sawit. Tapi memang realiti lah.. kalau kira baru nak ke satu destinasi tu kita rasa jauh sangat. Lambat betul nak sampai. Kan...  Setuju?


Sempat snap. Menghilangkan jemu menanti bila nak sampai.. bila nak sampai...


Yes! dah pun sampai depan pintu gerbang Kuala Gula Sanctuary Resort. Hari biasa, memang tak ramai la. Bila cuti sekolah atau cuti umum... ramai la yang berkunjung, challet juga terhad siapa cepat dia dapat.

Sibuk-sibuk... betul-betul sibuk, siapkan alatan memancing, yang budak-budak pun tumpang sibuk. 


Senyum pon tak ikhlas Syasya tu.. sebab bukan dia nak santai dengan ibu kat sini.. sibuk kat luar tu nak berlari-lari sebab dapat tanah lapang.. Kalau di rumah asyik kena kurung je lah, tak berpeluang la nak main kat luar. Tak akan ibu lepas, bahaya, kenderaan lalu lalang depan rumah bukan nak nampak budak-budak yang tak tahu undang-undang macam anak-anak ibu ni.

Aleesya: Anak buah saya yang dah macam anak saya, sebab saya yang mengasuh dia dari umur 2bulan. Yer maknyer bekerja. Abis memanjang je dia ni.. siap tangan lagi.. buat gaya habis. Ni pun budak banyak akal juga ni..

Boleh possing je la mak buyung ni di tengah-tengah joran.. pengang je la.. tak ada minat pulak nak memancing. Dulu masa baru mula-mula belajar pegang joran. semangat juga.. Yang seronoknya dapat baling, dan tarik balik. Tapi tak pernah dapat ikan pun. Sangkut sampah ada lah... 


Siap pacak 4 joran.. tapi tak kena sekor pun, semangat je mula-mula sampai terus pasang siap.


Tangkapan pertama yang berjaya, oleh biras saya Kak Imah. Ikan Siakap. Berat anggaran 600g gitu ler..  Sesudah magrib ni, terus ambil 1 joran yang siap pacak tadi bawa ke sini, Rezeki dia terus mata kail mengena Ikan Siakap ni.

Syasya dan Aleesya sibuk nak merasa pengang ikan yang tengah melompat-lompat tu. Padahal takut tu. Saje nak main-main.. Masa ni dah dapat 3 ekor ikan. Ikan Siakap, Ikan Duri, Ikan Gelama.


Tunggu ayam BBQ masak untuk makan malam. Masa ni berdua laki bini dating depan challet, anak-anak sibuk tunggu maklang, paklangnya memancing. Gambar ayam dan time makan tak ada yer. Sebab sedang sedap sangat makan. Mak buyung makan untuk dua orangkan, berselera sampai nak bangun pun tak larat.

Lepas kekenyangan, kemas-kemas semua, malamnya cuba berjaga juga.. tunggu joran... hehehhe tapi hasilnya suami saya ada dapat seekor anak ikan pari je. Tangkapan untuk malam hingga subuh tak ada hasil. Tapi saja seronok ambil angin luar, di tepi kuala sambil kunyah kuaci dan kacang. Saya masuk tidur dalam jam 2-3 pagi macam tu la... Tidur pun tak berapa lena. Teringat bantal di rumah.

Suasana pagi terbitnya matahari. Betul-betul depan pintu challet ni. Mana burung-burung semua dah terbang, mula-mula nmpak ada banyak je, bila ambil kamera nak tangkap gambar terus semua terbang bersepah.


Yang saya buatkan anak panah tu, Restoran Terapung Makanan Laut Kuala Gula, hum... sedap masakan di situ... ada kawan saya beri tahu menu "ketam lembut" sedap betul. Tapi tak pula saya cuba. Tapi saya suka Satey ayam di situ sedap betul, juga kepah,dan sudu, rupa sudu tu macam kepah juga tapi panjang sikit. Dah pelayan tu yang beri tahu nama makanan tu sudu.. jadi sudulah.. heheheheh...

Jalan-jalan waktu pagi sebelum tunggu sarapan dari pihak resort siap. Air surut ni yang nampak atas lumpur tu anak-anak ikan belacak, dan anak-anak ketam. Ketam apa tak pasti pula. Warna badannya hitam berkaki merah.

Ameer Harith: anak buah saya, abang pada si Aleesya, senyum melebar dia dapat ikan duri.. besar jugak la.. tengok jer la saiz ikan tu ,sampai melintuk joran tu tampung berat ikan tu. Ikan Duri, ada juga yang kata Ikan Belukang.


Dapat pose dengan joran pon jadi ler kan.. masa ni dah cheak out.. tapi belum puas memancing.. cuba dan cuba.. sebab time ni air pasang naik lebih tinggi parasnya dari sebelum-sebelumnya.


Yang ni adengan memujuk anak bujang ni.. ada sesat pulak gambar ni, si Izz ni merajuk sebab dia tak dapat kumpul bayak kulit siput yang halus tu.. bukan ada siput pun.. kulit aje.. yang di tumpang umang-umang. Sepupu dia dapat banyak, dia dapat sikit.. kena pulak ejek.. hum... hangin ler dia.. tak puas hati.. ~hehehe budak-budak..


Possing dari mak buyung depan Cinta Hati.. sebelum balik... 


Secara ringkasanya,.... seronok juga bercuti di Kuala Gula ni.. Selain boleh memancing dan menenangkan fikiran, boleh juga merasa pelbagai masakan-masakan laut. Sedap-sedap belaka.. dan semuanya segar.

JOM TEROKAI PERAK





No comments: